Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Peniagaan kedai runcit dan bengkel
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Menternak ikan dalam sangkar
Terdapat beberapa perniagaan yang di jalankan di sekitar kampong chengal, antaranya peniagaan kedai runcit, bengkel kereta dan warung makanan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk sekitar Kg. Chengal seperti menanam pagi, pekebun-pekebun kecil getah, sayur-sayuran, penternak kuda, itik telur, menternak ikan dalam sangkar.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Restoran Nasi Ayam Bonda
Nama: Maizatul Syaheerah Binti Ariffin
Umur: 26 Tahun
Email: -
Alamat: Nasi Ayam Bonda Kedai Ketereh, 16450 Ketereh, Kota Bharu
Saudari Maizatul Syaheerah Binti Ariffin merupakan seorang graduan daripada Universiti Teknologi Mara dan telah berkahwin dan mempuyai seorang cahaya mata. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama panggilan ‘Mai’ dalam kalangan rakan-rakan merupakan seorang yang peramah dan berpewatakan ceria. Berbeza dengan rakan-rakan yang lain yang bekerja makan gaji, Mai mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong itu dan menyahut cabaran untuk menjalankan perniagaan. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Justeru itu, Mai memilih untuk membuka restoran makanan yang diberi nama “Restoran Nasi Ayam Bonda’. Lokasi restoran beliau ini terletak di Pekan Ketereh dimana lokasinya sangat strategik kerana menjadi tumpuan orang ramai.
Perniagaan ini merupakan pernigaan yang berasaskan francais dan mempuyai cawangan seluruh Malaysia. Tidak meletakkan nasi ayam sebagai menu utama, Mai mengambil inisiatif dengan menambah pelbagai produk makanan lain yang turut menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang antaranya ‘Roti Sangkaya’ dan ‘Ais Milo Kepal’ yang menjadi sebutan dan tular pada masa ini.
Memulakan perniagaan pada usia muda menjadikan beliau seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan ini. Kita biasa dengar disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Sama juga dengan seorang wanita, disebalik kejayaannya pasti ada seorang lelaki dibelakangnya sebab sudah lumrah kita dijadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi. Menurut Mai, dia sangat bersyukur kerana mempuyai suami yang sangat memahami dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.
Menurut Mai lagi, dia amat bersyukur selain mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan, beliau juga banyak mendapat sokongan agensi-agensi berkaitan dan persatuan usahawan dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat. Tidak terkecuali peranan Pusat Internet yang mengadakan kelas usahawan bagi ahli-ahlinya dalam memperkembangkan perniagaan masing-masing.
Menurut saudari Mai lagi, Ada orang yang berjaya. Ada juga yang gagal. Ada juga orang yang berjaya pun tidak, dan gagal pun tidak. Tidak kiralah dimana pun kita, sebaiknya kita perlu mempunyai mindset seorang yang berjaya. Mindset ini akan membantu kita dalam mencapai matlamat yang kita inginkan.
Sebelum menjadi ahli PI, saudari Mai kurang mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Kini melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, perniagaan beliau kini telah bertambah maju dan lebih dikenali. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM 5000 – RM7000.
Saudari Mai mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Saudari Mai juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk agar lebih menarik untuk menarik pelanggan datang ke kedainya.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Berita : Usahawan Tungku Terapi
Nama: Muhamad Mukris Bin Muhamad Baharuddin
Umur: 24 Tahun
Email: mukris.baharudin@gmail.com
Alamat: Lot 429 A Jln Masjid Kg But, 16450 ketereh, Kelantan
Saudara Muhamad Mukris Bin Muhamad Baharuddin merupakan seorang anak bujang yang boleh dikatakan Berjaya dengan perniagaannya sekarang. Seorang yang peramah dan mudah didampangi. Bagi yang mengenali Mukris, mereka mengakui bahawa Mukris seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Mukris mula menceburkan diri dalam perniagaan jualan langsung ini semenjak dari tahun 2016 lagi dan perniagaan ini mula aktif setelah beliau menyertai kelas usahawan yang dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia. Sebelum adanya PI, kebanyakan produk beliau dijual secara tidak langsung atau offline. Perkembangan perniagaan ini membolehkan beliau pergi ke pelusuk tempat di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Pakar Terapi Tungku. Menurut Mukris dengan adanya kemudahan perniagaan atas talian ini, dia dapat mempercepatkan urusan jual dan beli serta menjimatkan masa dan kos pembeli.
Sebelum menjadi ahli PI, saudara Mukris tidak mendapat pendedahan kepada dunia perniagaan secara atas talian. Beliau juga tidak tahu cara mempromosi produk ke alam maya dan hanya mempromosikan produk jualan beliau hanyalah daripada mulut ke mulut pelanggan sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50 ke 100 orang sahaja.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki page facebook pernigaan untuk mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan beliau. Kebanyakkan pelanggan beliau mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan whatsapp. Kini pendapatan bulanan beliau dianggarkan antara RM1500 – RM2000. Saudara Mukris mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, IG serta whatsapp serta mempelajari Ms Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, dan pengiraan untung dan rugi. Saudara Mukris juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan mempelajari teknik mengambil gambar produk.