Program Seribu Langkah
23 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2016 telah diadakan program seribu langkah di Klinik Desa But Chengal. Program ini dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Ketereh dan KOSPEN. Terima kasih diucapkan kepada tuan Haji Ramly Jusoh, staff klinik kesihatan Ketereh Dr Amni Sham Che Din, Rozaini binti Ibrahim (Makmal), JM Hasmawati Muhamad, PPK Norazizan Bt Abdullah, PPK Rosli Bin Mohd Zin diatas penganjuran program seperti ini. Program ini sebagai usaha menanamkan kesedaran mengenai kepentingan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkala iaitu untuk mengesan dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol.
Di antara Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan adalah pemeriksaan berat badan, tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah, tahap kolesterol, khidmat kaunseling dan rujukan kepada doktor atau pakar-pakar. sedikit ceramah mengenai denggi dan cara pencegahannya diberikan oleh Dr Amni Sham Che Din. Selain itu, senam aerobik dijalankan bagi penduduk kampung dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: