Saringan Kesihatan Penduduk & Hari Terbuka PI Selising
20 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos 2016 program saringan kesihatan penduduk dan hari terbuka PI Selising telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Gong Jering, Pasir Puteh Kelantan. Program ini dianjurkan oleh KEMAS, KOSPEN, HOSPITAL TENGKU ANIS, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chengal DAN Pusat Internet Kusial Bharu.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pendaftaran kehadiran penduduk kampung, senaman aerobic, sarapan pagi, pendaftaran keahlian secara percuma, saringan kesihatan penduduk, pertandingan susun kata (kategori remaja), pertandingan mencantum huruf menjadi perkataan mengikut gambar yang diberikan untuk kategori kanak-kanak 7-9 tahun, pertandingan mencari perkataan dan objek yang tersembunyi untuk kategori kanak-kanak 5-6 tahun, makan tengahari dan berehat, penerangan tentang KDB & E-sisa, pertandingan word search (kategori remaja), pertandingan mengayam ketupat (kategori dewasa), saringan kesihatan penduduk dan majlis bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: