Kelas Robotic Lego (SteM-IoT)
11 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniSabtu, 10 Jun 2023 - Telah berjaya diadakan Kelas Robotic Lego SteM-IoT bersama pelajar SK Kg Chengal seramai 7 orang, kelas yang bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang berlangsung di PEDi Kg Chengal. Pada kelas kali ini, modul yang diketengahkan adalah Robotic SteM-IoT iaitu pembelajaran mengenai robot lego. Peserta diberikan bahan pembelajaran iaitu robot lego dan dipecahkan kepada kumpulan terdiri daripada 2 orang setiap kumpulan. Sebelum tugas mencantung atau memasang robot lego, peserta diterangkan perihal robot lego untuk memudahkan lagi proses pemasangan.
Selepas itu, peserta ditugaskan untuk memasang robot lego secara bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing berbekalkan buku manual pemasangan sehingga robot lego selesai dicantung. Hal ini bagus untuk meningkatkan daya kreativiti, cara berfikir dan memupuk sifat bekerjasama dikalangan peserta. Akhir sekali, semua peserta telah berjaya menyelesaikan sesi pembelajaran memasang robot lego. Pihak PEDi Kg Chengal sangat komited untuk mendidik komuniti yang celik it dikalangan pelajar sekolah. Kami sangat berterima kasih kepada pelajar sekolah menyertai kelas ini dan semoga segala ilmu diperolehi daripada kelas ini berguna dan memberi manfaat kepada mereka semua kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: