Kelas Perkasakan Pantun dan Sajak Bahasa Melayu (e-Learning)
9 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniJumaat, 8 Jun 2023 - Telah berjaya diadakan Kelas Perkasakan Pantun dan Sajak Bahasa Melayu (e-Learning) bersama murid darjah 5 SK Kg Chengal seramai 6 orang, kelas yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang berlangsung di PEDi Kg Chengal. Sebelum kelas bermula mereka juga didedahkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Modul pembelajaran yang diketengahkan ialah Bahasa Melayu Tahap 2 sesuai dengan tugasan buku skrap yang diberikan oleh guru-guru mereka iaitu menulis pantun dan sajak. Mereka diajar cara bagaimana untuk mencari sumber pantun dan sajak melayu menggunakan kemudahan capaian internet dan komputer di PEDi Kg Chengal.
Setiap murid itu ditugaskan mencari 2 pantun dan 2 sajak secara individu oleh tenaga pengajar PEDi. Selepas itu, selesai pencarian pantun dan sajak masing-masing mereka diberikan tugasan untuk mencari maksud pantun dan sajak dan terangkan maksud pantun dan sajak tersebut secara individu. Hal ini adalah untuk memupuk pengetahuan para murid berkaitan keindahan Pantun dan Sajak Melayu yang mempunyai maksud tersirat dan penuh pengajaran da teladan.
Akhir sekali, kelas yang dibimbing oleh AM PEDi Kg Chengal telah selesai dan para pelajar juga berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Pihak PEDi Kg Chengal juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar yang hadir ke kelas ini dan semoga dengan ilmu dan pembelajaran diperolehi dapat digunakan sewaktu sesi pembelajaran di sekolah kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: