Kelas Asas Editing Video CapCut Dan Tiktok Kerjasama Bersama KEMAS Ketereh
11 Mei 2023 | Aktiviti Terkini10 Mei 2023 (Rabu) - Telah berjaya diadakan kelas Asas Editing Video CapCut Dan Tiktok kerjasama bersama KEMAS Ketereh dengan seramai 15 orang peserta terdiri daripada usahawan di bawah KEMAS Ketereh. Kelas tersebut bermula dari jam 9 pagi sehingga 2 petang. Pada sesi ini, modul digunakan ialah Video Marketing iaitu pembelajaran editing video menggunakan CapCut dan Tiktok untuk video marketing produk. Peserta didedahkan teknik asas editing video seperti pengenalan CapCut, cara menggunakan kesan (Effect), alatan (Tools), penapis (Filters), Template dan lain-lain alatan editing yang terdapat di aplikasi CapCut dan TikTok untuk digunakan semasa membuat editing video produk supaya lebih menarik dan berkualiti.
Selepas itu, selesai sesi pembelajaran teori Video Marketing, kelas diteruskan dengan sesi amali atau praktikal. Peserta ditugaskan untuk mengambil gambar dan video produk masing-masing. Setelah itu, mereka dipecahkan kepada 4 kumpulan, dan ditugaskan membuat editing video menggunakan aplikasi CapCut atau Tiktok dan gunakan alatan editing yang ada di CapCup dan TikTok supaya hasil editing lebih menarik. Selesai proses editing video, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja berpasukan kepada tenaga pengajar, rakan kumpulan lain dan pegawai KEMAS itu sendiri.
Akhir sekali, kelas ini di sampaikan oleh Encik Faris AM PEDi Kg Chengal selaku tenaga pengajar untuk modul kali ini, yang juga dibantu oleh Cik Asyidah RD Chengal, Cik Emma RD Jeram, dan Cik Fajaratu Nur RD Selising. Pihak PEDi Kg Chengal berharap dengan kelas ini, dapat memberi manfaat kepada para peserta dan usahawan KEMAS dengan pembelajaran yang diperolehi untuk dipraktikkan ke dalam perniagaan dan kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: