Kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan Bersama Giatmara Ketereh
7 April 2023 | Aktiviti Terkini06 April 2023 - Telah berjaya diadakan kelas Pengurusan Kewangan Perniagaan dengan seramai 12 orang peserta terdiri dari pelatih Giatmara Ketereh. Kelas tersebut bermula dari jam 10 pagi sehingga 1 petang. Pada sesi kali ni, mereka didedahkan didedahkan dengan pembelajaran cara untuk menguruskan kewangan perniagaan secara teratur dan bersistematik supaya boleh kenal pasti untung, rugi, modal, kos dan diskaun setiap untuk produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan dan usahakan.
Selain itu, mereka juga dibimbing untuk sesi amali dengan membuat kira-kira setiap modal, kos, untung dan rugi untuk setiap perniagaan masing-masing menggunakan microsoft Word setelah selesai sesi pembelajaran pemahaman dan teori. Akhir sekali, kelas ini di sampaikan oleh Cik Asyidah, Cik Erma Azira dan Fajaratu Nur yang merupakan Rakan Digital untuk PEDi Kg Chengal, Jeram dan Selising. Semoga para pelatih Giatmara Ketereh mendapat ilmu dari kelas yang diadakan untuk dipraktikkan kedalam perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: