Kelas Keusahawanan Digital
5 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 4 Feb 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah menganjurkan Kelas keusahawanan bagi peniaga yang ingin memasarkan produk mereka menggunakan platform digital. Kelas ini telah dikendalikan oleh Encik Faris selaku tenaga pengajar Tiktok dan Encik Ilham selaku tenaga pengajar Shopee yang juga merupakan Penolong Pengurus dan Pengurus PEDi Kg Chengal itu sendiri.
Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta, 2 usahawan dan pengurus PEDi itu sendiri yang turut sama untuk belajar. Peserta tersebut telah berjaya menghasilkan jualan dan ingin melonjakkan lagi hasil jualan yang lebih baik. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari.
Shopee dan Tiktokshop adalah antara platform yang disediakan khas untuk para peniaga menjual produk secara atas talian. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan hasil jualan usahawan dan teknik mengiklankan produk secara meluas. Antara modul yang telah dipelajar iaitu strategi pemasaran yang terdiri daripada cara mencipta baucer, promosi diskaun,bundle deal, add on deal, shock sales, follow prize,shop prize, Tiktok video and live sale dan affiliate di Shopee dan Tiktok. Semoga para usahawan dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dan menjadi usahawan online yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: