Kelas Pemasaran Digital Tiktok Bersama Giatmara (Ketereh)
10 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2023 yang lalu, telah berjaya diadakan kursus pemasaran digital di Tiktok dengan seramai 15 orang peserta terdiri daripada pelatih-pelatih Giatmara (Ketereh) yang berminat dengan bermatlamat untuk memasarkan produk di platform trending masa kini seperti tiktok selama 3 jam dari jam 10 pagi sehingga 1 petang.
Pada sesi ini, peserta didedahkan dengan garis panduan tiktok, tiktok shop, affiliates, content creator secara buat terus di HP masing-masing dan sebagainya. Kelas ini di sampaikan oleh Cik Asyidah (RD Chengal) bersama-sama Cik Erma Azira (RD Jeram) dan Cik Fajaratu Nur (RD Selising) sebagai tenaga pengajar. Kelas ini bertempat di PEDi Kg Chengal kerjasama PEDi, RD dan Giatmara (Ketereh).
Semoga para pelatih-pelatih Giatmara (Ketereh) mendapat manfaat dari kelas yang diadakan ini dan semoga maju jaya dalam mendigitalkan perniagaan masing-masing kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: