Perkongsian Tatacara Mengisi Permohonan Bantuan-Am e-Agihan
13 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari yang lalu telah diadakan perkongsian mengenai tatacara mengisi borang e-Agihan permohonan Bantuan Am Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bersama warga Kampung Chengal. Pertugas PEDi Kampung Chengal mengambil peluang memberi sedikit taklimat ringkas Advokasi dan Klik Dengan Bijak kepada peserta.
Sistem e-Agihan ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses permohonan bantuan kepada warga yang kurang berkemampuan. Di samping itu, ianya menyediakan perkhidmatan permohonan bantuan bagi negeri Kelantan secara atas talian.
Peserta juga dinasihat untuk membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memudahkan pengemaskinian maklumat peribadi dan permohonan.Dalam masa yang sama, Petugas PEDi membantu warga yang kurang mahir menggunakan perisian Komputer sekaligus memberi pendedahkan ICT kepada mereka.
Warga tersebut telah dibimbing dari awal pengisian maklumat dalam sistem e-Agihan hinggalah selesai cetak borang dan dimuatnaik dalam portal e-Agihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: