Kelas Microsoft Word: Menulis Surat Rasmi
30 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal berjaya mengadakan kelas Microsoft Word untuk mengetahui cara-cara penulisan surat rasmi. Puan Nabeela merupakan peserta tunggal pada sesi kali ini. Kelas ini telah diadakan selama dua jam bermula daripada jam 3 petang berakhir pada jam 5 petang. Tujuan kelas ini diadakan, memberi pendedahan kepada peserta cara menaip surat dengan format yang betul secara tidak langsung memperkenalkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft word.
Pada sesi kali ini, penyelia PEDi membantu Puan Nabeela menyiapkan surat rasmi kebenaran mewakilkan seseorang untuk mengambil dokumennya di pejabat agama. Beliau berkata, tujuan beliau belajar menulis surat rasmi ini untuk memudahkan bagi urusan-urusan rasmi akan datang dan memahami kepentingan surat rasmi dalam urusan pejabat. Pada akhir kelas ini, peserta dapat menghasilkan sepucuk surat rasmi dengan olahan ayat yang menarik dan formal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: