Bengkel Asas Microsoft Word
28 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 27 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah mengadakan kelas pengenalan Microsoft word kepada pelatih-pelatih Giatmara, Ketereh. Kelas ini telah diadakan selama dua jam bermula daripada jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Perisian Microsoft Word adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Kelas pengenalan Microsoft Word ini bertujuan mengajar pelajar mengenali tools dan fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut.
Pelatih-pelatih Giatmara diarahkan menyiapkan kertas kerja mengenai rancangan perniagaan masing-masing. Di samping itu, pelatih-pelatih ini dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan serta cara untuk menyimpan kerja pelajar. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: