Lawatan Kerja Dari Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti (CDMD), MCMC
11 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah telah menerima lawatan kerja daripada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti (CDMD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara agenda yang dijalankan adalah memberi pengenalan secara rawak mengenai PEDi Kg. Chengal yang merangkumi bilangan pengguna, perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti bulanan atau tahunan yang dijalankan di PEDi.
Selain itu, perbincangan serta cadangan mengenai aktiviti keusahawan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Pengurus PEDi Kg. Chengal. Kunjungan ini di hadiri oleh pegawai CDMD Tuan Hj Bukhari Yahya selaku Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti (CDMD), Mahfuz Fahmi selaku Timbalan Pengarah (CDMD), Faidhi Guli selaku Penolong Eksekutif CDMD serta beberapa pegawai pejabat SKMM Kelantan dan pegawai Maxis. PEDi Kg Chengal merakamkan jutaan terima kasih di atas kunjungan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: