Shopee x MCMC - Penjual Baru Keusahawanan 101
25 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2022, Seluruh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) setiap negeri telah melibatkan diri dalam webinar anjuran Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai Penjual Baru Keusahawanan 101 melibatkan Pengurus, Penolong Pengurus dan Rakan Digital. Webinar ini diadakan selama 2 jam 30 minit secara dalam talian oleh tenaga pengajar Coach Ira Aziz.
Antara perkongsian ilmu dalam sesi webinar ini adalah perundangan perniagaan, Business Model Canvas (BMC), asas pengurusan perniagaan, pemasaran tradisional, digital dan saluran pengedaran, pengurusan operasi perniagaan dan pengurusan kewangan. Antara perkara yang paling asas yang ditekan oleh speaker untuk memulakan perniagaan adalah mengaplikasi Business Model Canvas (BMC) secara betul.
BMC merupakan satu ringkasan untuk menceritakan tentang perniagaan yang dijalankan iaitu bermula daripada segmen pelanggan sehingga kepada kos yang bakal dikeluarkan. BMC tidaklah sama dan tidak sedalam Rancangan Perniagaan (Business Plan), namun dengan adanya BMC ini juga usahawan akan melihat sejauh mana perniagaan akan berjalan. Terdapat pelbagai perkongsian ilmu baharu yang diperolehi daripada webinar tersebut terutamanya bakal usahawan yang sedang berjinak-jinak dalam memasarkan produk di dalam dunia pendigitalan seperti platform Shopee untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: