Webinar Penjenamaan Produk
17 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah terpilih dibawah Program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) telah menyertai webinar mengenai Product Branding atau penjenamaan produk. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Akmal bin Ismail merupakan Pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah. Webinar ini diadakan secara dalam talian mengunakan aplikasi zoom. Tujuan webinar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta usahawan PeDAS tentang membina penjenamaan yang kukuh untuk memulakan sesuatu perniagaan. Webinar diadakan secara percuma kepada Usahawan PeDAS yang telah dilatih dan PEDi yang terpilih.
Penjenamaan merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej untuk produk dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten. Cap Dagangan atau Trademark boleh sebagai perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Cap dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Dalam webinar ini, peserta dapat mempelajari teknik membina jenama perniagaan sendiri yang mudah dan boleh dikenali ramai. Selain itu, peserta boleh mengetahui cara mempromosikan jenama produk secara berkesan untuk pasaran masing-masing dan menjadikan jenama produk yang kecil kepada penjenamaan yang besar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: