Train the Trainer (TTT) AM: Open Broadcaster Software (OBS)
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari lalu, Seluruh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kelolaan NERA dan semua Service Provider dibawah seliaannya telah melibatkan diri dalam kursus Train The Trainer penggunaan asas OBS studio. Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet yang melibatkan penolong pengurus sahaja pada sesi pertama ini. OBS Studio adalah program streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi lain.
Tujuan kursus latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada staff Pusat Ekonomi Digital tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS). Kursus latihan ini telah di bimbing oleh Encik Anwar Masood, selaku tenaga pengajar yang merupakan pengurus PEDi Semenyih. Antara aktiviti yang dijalankan adalah carian, muat turun dan install OBS, pengenalan terhadap OBS, setting asas, pengenalan mengenai scenes, pengenalan mengenai sources, penggunaan Green Screen, penggunaan virtual camera, jalinan atau sambungan OBS ke google meet, zoom meeting dan StreamYard. Pada akhir kursus ini, para peserta dapat menghasilkan video menggunakan OBS dan diselangi oleh sesi soal jawab serta peserta diberikan sijil digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: