Kelas Pemasaran Digital Tiktok
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah berjaya mengajurkan kursus pemasaran digital untuk 30 usahawan terdiri daripada usahawan setempat. Kelas ini diadakan selama tiga jam bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengahhari. Objektif utama kelas ini menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai medium keusahawanan disamping membantu para peniaga menggunakan aplikasi tiktok sebagai platform perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan seiring dengan fenomena aplikasi media sosial tiktok yang boleh menjana pendapatan dengan mudah dan cepat. Antara lain-lain modul seperti kuasa facebook, instagram business, pasar Whatsapp dan modul utama pemasaran TikTok yang ditelah dikendaikan oleh Abi Saif Al Anuar selaku penceramah jemputan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: