Webinar Logistik dan Pembungkusan
24 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah terpilih dibawah Program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) bagi menyertai webinar mengenai Logistik dan Pembungkusan. Webinar ini telah disampaikan oleh Ts. Abdul Razak Bin Abdul Majid merupakan KPM Bandar Penawar. Webinar ini diadakan selama 2 jam 30 minit secara dalam talian mengunakan aplikasi zoom. Tujuan webinar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta usahawan PeDAS tentang cara menguruskan logitik dan pembungkusan produk. Webinar diadakan secara percuma kepada Usahawan PeDAS yang telah dilatih dan PEDi yang terpilih.
Logistik ialah proses merancang dan melaksanakan pengangkutan dan penyimpanan barangan yang cekap dari tempat asal ke tempat penggunaan. Matlamat logistik adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan tepat pada masanya serta cara yang menjimatkan kos. Pembungkusan direka khas mengikut citarasa pengeluar. Kesesuaian produk yang dikeluarkan perlu mengambil kira kos. Selain itu, pembungkusan dapat memberikan perbezaan tarikan bagi setiap produk yang dihasilkan dan peranan penting di dalam memberikan maklumat berkenaan dengan produk. Sesi soal jawab berlangsung sepanjang webinar bagi mengekalkan interaksi komunikasi yang positif bersama tenaga pengajar dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: