Kelas Asas Editing
19 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah mengadakan kelas asas editing menggunakan aplikasi Canva.com secara online bagi pelajar tingkatan 4.Tujuan kelas ini diadakan memberi pendedahan mengenai kegunaan canva dan kelebihan yang terdapat dalam aplikasi ini seperti membuat poster secara percuma. Kelas ini telah diadakan selama dua jam bermula daripada jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang dan seramai 3 orang pelajar telah mengikuti kelas ini.
Antara pengisian kelas ini adalah cara log in aplikasi canva dengan menggunakan gmail atau facebook, memberi pendedahan kesemua tools yang terdapat dalam aplikasi canva, cara menyimpan hasil kerja di Canva dan latihan amali. Aplikasi ini mudah untuk peserta memahami dari segi editing secara cepat. Pada akhir kelas ini, peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: