Bengkel Rancangan Perniagaan
14 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal bersama-sama Rakan Digital telah mengadakan bengkel keusahawanan mengenai rancangan perniagaan. Seramai 27 pelatih-pelatih Giatmara Ketereh telah menyertai kursus ini. Bengkel ini diadakan selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada 1 tengahhari.
Dalam sesi ini pelatih-pelatih giatmara diajar untuk menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap, ianya perlu mengandungi seperti pengenalan, jenis perniagaan, nama perniagaan, tarikh perniagaan, visi dan misi syarikat, objektif penubuhan syarikat,carta organisasi, latar belakang syarikat dan sebagainya. Dengan adanya perancangan perniagaan ini dapat membantu peserta menyediakan kertas kerja pada masa akan datang.
Pada sesi terakhir, pelatih-pelatih Giatmara dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas iaitu menubuhkan syarikat masing-masing dengan apa yang mereka pelajari. Selain itu, setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk membentangan hasil perbincangan secara berkumpulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: