Bengkel MIV Bersama Komuniti @ Kelantan
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 September lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah menghantar tiga (3) orang peserta sukarelawan PEDi untuk menghadiri bengkel Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang telah diadakan di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini telah diadakan selama 8 jam daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang, dibawah anjuran suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Kelantan. Seramai 60 peserta daripada 20 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) turut menghadiri bengkel ini, dimana terdiri daripada PEDi di daerah Kota Bharu, Ketereh,Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Machang.
MIV bersama Komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital di kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan di mana sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat. Selain itu, sukarelawan ini juga akan memperkenalkan usahawan-usahawan baru dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan membantu para usahawan ini meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform digital untuk pemasaran produk. Antara pengisian bengkel adalah Pengenalan MIV serta tugasan sukarelawan, pemasaran menggunakan media sosial, E-Bayaran, sesi perkongsian produk & perkhidmatan pos malaysia, kemahiran insaniah: kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dan penggunaan telefon pintar untuk fotografi videografi dan aplikasi penyuntingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: