Train the Trainer (TTT): Autocrat (e-Sijil)
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2022, Seluruh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kelolaan NERA dan semua Service Provider dibawah seliaannya telah melibatkan diri dalam kursus Train The Trainer (TTT): Autocrat (e-Sijil). Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet yang melibatkan Rakan digital, Pengurus dan Penolong Pengurus. Di mana setiap sesi ini diadakan secara berlainan sesi. Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat.
Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Kebiasaanya Autocrat ini kerap kali digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan sijil dalam kuantiti yang banyak. Antara latihan yang diberikan seperti Pengenalan terhadap Autocrat, Penyediaan data di dalam Google Sheet, penyediaan template sijil, tetapan dan konfigurasi menggunakan Autocrat didalam Google Sheet, menjalankan proses runjob pada data yang hendak digabungkan, proses penghantaran data yang telah gabungkan, dan semakkan hasil janaan fail dalam folder yang ditetapkan untuk disimpan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: