Kelas Keusahawanan
20 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah mengajurkan Kelas keusahawanan bagi peniaga yang ingin memasarkan produk mereka menggunakan platform digital. Kelas ini telah dikendalikan oleh Cik Nor Rasyidah Mat Din selaku tenaga pengajar dan merupakan Rakan Digital PEDi. Kelas ini dihadiri oleh 3 orang usahawan yang telah berjaya menghasilkan jualan dan ingin melonjakkan lagi hasil jualan yang lebih baik. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari.
Shopee adalah salah satu platform yang disediakan khas untuk para peniaga menjual produk secara atas talian. Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan hasil jualan usahawan dan teknik mengiklankan produk secara meluas. Antara modul yang telah dipelajar iaitu strategi pemasaran yang terdiri daripada cara mencipta baucer, promosi diskaun,bundle deal, add on deal, shock sales, follow prize,shop prize dan shopee ads. Semoga para usahawan dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dan menjadi usahawan online yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: