Latihan Photoshoot Menggunakan Mini Studio
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 April lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah mengadakan kelas Latihan Photoshoot menggunakan mini studio kepada usahawankecil. Kelas ini telah diadakan selama tiga jam bermula daripada jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Mini Studio Kit adalah kotak cahaya (lightbox) yang direka khas mudah alih untuk kegunaan sebagai peralatan latihan pelajar untuk mempelajari fotografi produk (product photography).
Di dalam kelas ini, peserta di ajar cara menggunakan sudut posisi yang mudah untuk mendapatkan gambar yang cantik seperti meletakkan subjek di tengah-tengah untuk menghasilkan gambar yang seimbang serta dari segi percahayaan. PEDi Kg. Chengal sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan usahawan kecil yang serba boleh kearah pendigitalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: