Panduan Mengisi Borang Tekun Atas Talian
20 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah membantu usahawan desa iaitu Puan Rus Che Awang dan Puan Suzieazwany bagi membuat permohonan pinjaman TEKUN secara online dengan menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi. Hanya dengan menekan pautan link tekun online, pengguna telah dibawa ke laman utama untuk mendaftar akaun bagi yang tidak mempunyai akaun.Selain itu, usahawan ini juga dibantu untuk mendaftar akaun gmail bagi tujuan pengesahan akaun setelah didaftar.
Di samping itu, penyelia PEDi membantu usahawan ini mengimbas butiran yang diperlukan untuk memuat naik bagi tujuan permohonan. Dengan bimbingan penyelia PEDi, Usahawan ini telah berjaya mendaftar akaun tekun dan membuat pengesahan pada akhir permohonan ini. Semoga permohonan ini berjaya dan diterima bagi menampung keperluan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: