Mini Studio Practice
13 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Ketereh dan disokong oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Chengal telah mengadakan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Photo Phone kepada Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarelawan (PPMS) di bawah parlimen Ketereh. Kursus ini telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 10 Mei 2022 hingga 12 Mei 2022, pada jam 2.30 Petang hingga 5.30 Petang. Seramai 15 orang peserta yang terpilih telah menghadiri kursus ini.
Pada hari ketiga kursus ini diadakan, para peserta diberikan modul ketiga iaitu Mini Studio Fotografi. Mini Studio Kit adalah kotak cahaya (lightbox) yang direka khas mudah alih untuk kegunaan sebagai peralatan latihan pelajar untuk mempelajari fotografi produk (product photography). Para peserta telah mengaplikasi teknik pengambilan gambar yang mereka pelajari sepanjang kursus ini dengan menggunakan kit mini studio. Aspek penting yang perlu dipertimbang semasa penggunaan mini studio adalah pencahayaan serta cara penyusunan props. Modul ini diadakan selama satu (1) jam bagi memberi laluan kepada majlis perasmian penutup pada sesi akhir kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Syukri merupakan pegawai pengurusan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Ketereh.
Pihak PEDi Kg. Chengal mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan KEMAS, Ketereh dan para peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga segala input yang di pelajari semasa kursus bermanfaat dan diaplikasi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: