Kelas Ms. Word Kerja Kursus
23 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 December lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal telah dikunjungi oleh Adik Haikal Bukhari merupakan pelajar tingkatan 5 untuk menyiapkan kerja kursus bagi subjek perniagaan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2 petang dan berakhir jam 4 petang. Kelas ini diadakan bagi membantu pelajar tingkatan 5 ini mengenai perisian Microsoft Word di samping memberi tunjuk ajar cara permulaan menyiapkan kerja kursus ini seperti mempunyai rangka bertulis serta kandungan yang perlu ada pada setiap lampiran kerja kursus.Selain itu, memberi pendedahan untuk mencari bahan-bahan daripada google seperti memperolehi maklumat yang banyak dan dapat mencerna idea-idea bagi penulisan kerja kursus perniagaan ini. Kelas ini berjalan dengan jayanya dengan bimbingan petugas PEDi. Dan diharapkan agar adik Haikal terus bersemangat dan mempunyai idea yang mencurah-curah bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: