Kursus Siri III Membentuk Pasukan Yang Berkesan
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniJumaat 22 Oktober 2021, Seluruh Pusat Internet Komuniti di Kelantan dibawah kelolaan Maxis merangkumi 16 Pusat Internet Komuniti telah Menyertai Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet Kelantan (Siri iii). Kursus ini kesinambungan daripada Siri I dan II minggu lalu, kursus ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Kursus ini disertai seramai 32 peserta melibatkan pengurus dan penolong pengurus PIK. Dengan kerjasama Koperasi UMK Berhad, Kursus ini berjaya dilaksanakan dibawah kelolaan Prof.Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusof selaku Ketua Perunding Program Latihan dan Perundingan Pusat Internet Kelantan
Objektif utama kursus ini adalah untuk membina semangat kerja berpasukan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Effective Team Building in New Norms antara modul yang disediakan oleh Prof Dr. Ghazali merupakan tenaga pengajar kali ini. Pada permulaan kursus ini para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas pertama iaitu ice breaking.
Untuk tugasan kedua pula, setiap kumpulan telah ditetapkan dengan tajuk untuk menyelesaikan dan membincangkan mengenai sesuatu topik yang diberikan. Setelah itu, Prof Dr Ghazali akan memberikan pendedahan mengenai teori dan method dalam setiap tugasan yang telah diselesaikan oleh setiap kumpulan. Di akhir kursus, Prof Dr Ghazali berpesan, bila kita bekerja dalam berpasukan ini kita haruslah berpegang kepada dua iaitu menghormati perbezaan dan meraikan persamaan bagi mengelakkan sebarang salah faham yang akan berlaku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: