Taklimat SPPP Usahawan PEDi
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Chengal dan usahawan PEDi telah mengikut sesi Taklimat Skim Pendaftaran Prihatin (SPPP) peringkat nasional di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) khas untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa dan usahawan dari kumpulan B40 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Taklimat ini diadakan secara maya mengunakan aplikasi Microsoft Team. Taklimat bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.
Objektif utama taklimat SPPP adalah memberi penerangan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan untuk sebarang urusan yang membabitkan keuntungan. Selain itu, taklimat juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat, cara mudah mendaftarkan perniagaan melalui portal www.ezbiz.ssm.com.my tanpa perlu hadir ke kaunter SSM. Peserta juga didedahkan dengan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) iaitu inisiatif kerajaan untuk menanggung pendaftatran perniagaan baru bagi golongan B40 dan Pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Seramai 5 peserta yang mendaftarkan diri dalam sesi taklimat ini melalui penyelia PEDi. Puan Siti Nurul Atikah Abdullah telah menghadiri taklimat di PEDi Kg Chengal kerana kurang mendapat capaian akses internet di kediamannya, manakala peserta lain mengikuti taklimat ini melalui telefon pintar di kediaman masing-masing. Pada akhir sesi taklimat ini di ikuti dengan soal jawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: