Kursus Siri I dan II Rancangan Perniagaan Semasa Pandemik
9 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniJumaat 8 Oktober 2021, Seluruh Pusat Internet Komuniti di Kelantan dibawah kelolaan Maxis merangkumi 16 Pusat Internet Komuniti telah menyertai Kursus Rancangan Perniagaan Semasa Pandemik yang diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Kursus ini disertai seramai 32 peserta melibatkan pengurus dan penolong pengurus PIK yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 hingga 9 Oktober 2021. Kursus ini dibawah kelolaan Prof.Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusof selaku Ketua Perunding Program Latihan dan Perundingan Pusat Internet Kelantan dengan kerjasama Koperasi UMK Berhad.
Pada hari pertama kursus, para peserta didedahkan mengenai rancangan perniagaan atau Business Plan. Dalam sesi ini para peserta diajar untuk menyediakan perancangan perniagaan yang lengkap, ianya perlu mengandungi seperti pengenalan, jenis perniagaan, nama perniagaan, tarikh perniagaan, visi dan misi syarikat, objektif penubuhan syarikat,carta organisasi, latar belakang syarikat dan sebagainya. Dengan adanya perancangan perniagaan ini dapat membantu usahawan melihat dengan sebaiknya idea dan rancangan perniagaan itu dengan teliti dan kritikal, selain sebagai garis panduan untuk mencapai apa yang dirancang.
Hari kedua kursus, Encik Hashim Bin Ahmad Shiyuti merupakan tenaga pengajar bagi kursus ini menunjukkan teori pengunaan SWOT Analysis, dimana analisis ini sangat penting untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan syarikat untuk berdaya saing. Untuk sesi ini, para peserta diajar cara membuat Cash Flow atau perakaunan perniagaan menggunakan perisian Microsoft Excel merangkumi sumber bahan mentah, peralatan perniagaan, utilities, bajet pengeluaran, indeks keuntungan, aliran tunai dan sebagainya. Kursus ini dapat membantu penyelia PIK menyediakan kertas kerja dan mengajarkannya kepada usahawan berhampiran Pusat Internet Komuniti yang berminat dalam susun atur syarikat serta meningkat pemasaran perniagaan mereka sejajar dengan objektif utama kursus ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: