Lawatan Kerja Pengerusi MCMC ke PIK Kg Chengal
19 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniIsnin 18 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah menerima kunjungan daripada Ybrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek meruapakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Antara tetamu utama yang hadir adalah, Ybhg. Dato Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) MCMC, Encik Abd Mubin bin Mohd Zain, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Negeri Kelantan dan Encik Hazreen selaku Maxis HQ. Encik Ilham Ruslay selaku Pengurus Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah memberi sedikit taklimat mengenai penubuhan PIK, Ahli Panel Penasihat PIK, data pengguna di PIK serta aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti ini samada kelas ICT mahupun kursus keusahawanan.
Dalam kujungan ini, pihak PIK Kampung Chengal telah membawa usahawan-usahawan yang dilatih di bawah PIK antaranya ialah Cik Nur Izzati dan Puan Noriha dengan membuat pameran produk perniagaan mereka. Dengan adanya usahawan PIK telah terbukti bahawa PIK mampu untuk membantu usahawan setempat memajukan perniagaan mereka melalui E-Dagang dengan menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka secara dalam talian. Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal, Ahli KRT Kampung Chengal dan seluruh komuniti disini, mengucapkan jutaan terima kasih serta berbesar hati menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Mutimedia (MCMC).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: