Kelas Microsoft Word (Cara Buat Letterhead Syarikat)
24 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mei 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal mengadakan kelas Microsoft word bagi majikan yang mempunyai syarikat kecil-kecilan.Kelas ini diadakan atas permintaan majikan sekitar PIK untuk mempunyai letterhead syarikat mereka. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada majikan yang mempunyai syarikat kecil-kecilan untuk menyimpan satu head letter syarikat bagi memudahkan urusan surat menyurat.
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, surat rasmi seperti ini amatlah penting bagi tujuan operasi dan pergerakkan kakitangan syarikat bagi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Pihak PIK berharap kelas ini membantu majikan mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa dengan adanya surat rasmi syarikat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: