Cara Tebus e-Belia
5 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah memberi maklumat mengenai cara-cara menebus e-Belia dengan menggunakan aplikasi shopee-pay, Boost Dan Toucg n Go. Petugas PIK hanya memuat naik poster mengenai cara menebus e-Belia di platform Facebook PIK bagi menjadi panduan kepada semua belia di luar sana. Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di aplikasi seperti Shoppe-Pay, Boost, Ewallet dan sebagainya. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: