Sembang Santai: Menuju Kelantan Tanpa Tunai
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal bekerjasama dengan Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan program sembang santai bersama ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB). Tujuan program ini memberi pendedahan kepada rakyat Kelantan mengenai aplikasi Kelantan Pay serta ke arah menuju kerajaan digital.
Encik Azhan Ariffin merupakan pegawai ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) selaku panel jemputan. Beliau telah memberi penerangan secara ringkas berkaitan aplikasi yang telah dibangunkan kerajaan negeri yang di pertanggungjawabkan oleh pihak beliau bersama-sama dua lagi syarikat dalam mencipta aplikasi ini.
Kelantan Pay adalah satu platform sistem pembayaran bersepadu kerajaan negeri Kelantan. Matlamat utama ialah menjadi one stop center bagi membuat pembayaran tanpa tunai menggunakan aplikasi Kelantan pay. Menurut Encik Azhan Ariffin, Aplikasi ini tidak semestinya untuk rakyat Kelantan sahaja malah boleh diakses semua orang ramai tanpa mengira tempat.
Selain itu, untuk 100 penguna terawal boleh mendapatkan Cashback sepanjang kempen ini dan ianya masih sah sehingga 31 ogos 2021. Pihak PIK berharap dengan adanya program sembang santai ini dapat membuka minda rakyat Kelantan tentang pengguna aplikasi ini. Di samping itu, menjadi penggerak utama dalam mencapai matlamat Kerajaan Negeri Kelantan di arah pendigitalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: