Sesi Perkongsian ‘Wanita, Remaja, Dan Ict: Ke Arah Masa Depan Yang Cerah’ anjuran MCMC
1 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniJumaat 30 April 2021, Seluruh Pusat Internet Komuniti (PIK) dalam negara telah di jemput menghadiri sesi perkongsian ajuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Perkongsian ini bertajuk 'Wanita, Remaja, Dan Ict: Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah' bersempena sambutan Girl in ICT 10th Anniversary. Perkongsian ini di adakan secara atas talian menggunakan platform Zoom dan Live di facebook page Klik Dengan Bijak.
Puan Hashimah Hashim (Pengarah Jabatan Keterlibatan Komuniti) selaku moderator pagi tadi. Selain itu, perkongsian ini terdiri daripada panel-panel yang hebat dan berpengalaman. Antaranya ialah Puan Viviantie Sarjuni (Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC), Cik Faezrah Rizalman (Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy dan Penasihat SCEIC) danCik Sharifah Nadira Syed Nurshadir (Pelajar Komunikasi Media Baru dan Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video).
Antara objektif yang dapat simpulkan ialah menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia dan memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT. Selain itu, memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional. Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya.
Dengan adanya usaha dan program kerjasama dari kerajaan dan swasta dapat memperkasakan wanita, remaja dan ict kepada akses masa depan. Secara tidak langsung dapat menyuntik semangat remaja di luar sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ICT tanpa ragu-ragu dan mengetahui mengenai dunia ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: