Kelas Latihan Menaip
26 September 2021 | Aktiviti TerkiniSabtu, 25 September 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah mengadakan kelas latihan menaip Microsoft Word di bilik latihan PIK. Pengetahuan asas dalam bidang komputer adalah sangat diperlukan pada masa kini dan ianya sangat membantu di dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan dikala dunia sekarang ini telah diserang dengan wabak covid-19.
Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kegunaan Microsoft Word untuk menghasilkan dokumen kerja yang lebih pantas dan format yang konsisten seperti untuk penghasilan buku skrap sekolah. Peserta didedahkan cara penggunaan komputer dan cara memegang tetikus. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari pukul 10 pagi hingga pukul 12.00 Petang.
\Pada awalnya petugas PIK memberi sedikit penerangan mengenai tool menu yang terdapat di Microsoft Word dan fungsi-fungsinya. Setelah itu, peserta diberikan modul untuk sesi latihan menaip. Pihak PIK Kampung Chengal berharap dengan adanya kelas sebegini dapat membantu para pelajar lebih berpengetahuan dan celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: