Program Motivasi Keibubapaan Era Pandemik Covid-19
17 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah menerima baik untuk bekerjasama dalam Program Motivasi Keibubapaan Era Pandemik Covid-19 anjuran PIBG Kampung Chengal bersama KRT Kg Chengal. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan google meet. Program ini telah dihadiri seramai 45 peserta yang turut bersama para guru SK Chengal serta ahli dari KRT Kg Chengal.
Program yang disampaikan oleh penceramah luar iaitu Encik Mohd Fatiazee Bin Abd Aziz merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia. Tujuan program motivasi keibubapaan ini adalah memberi suntikan semangat kepada ibubapa dalam menguruskan anak-anak di era pandemik covid-19 di tambah lagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Selain itu, ibu bapa juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi melancarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak mereka. Tidak dinafikan bahawa sesi PdPR memberi sedikit sebanyak tekanan kepada ibu bapa yang kurang mahir dalam IT serta keluarga yang tidak mempunyai kelengkapan bahan eletronik seperti telefon bimbit untuk anak-anak.
Pihak pengajuran berharap dengan adanya program motivasi keibubapaan ini dapat memberi semangat yang baharu kepada ibu bapa untuk menjadi salah satu pengerak terpenting dalam pendidikan anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: