Program Penyerahan Bendera Kepada Ketua LokalitiProgram Bicara Patriotik Sempena Bulan Kebangsaan 2021
28 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKhamis, 27 Ogos 2021 telah berlangsung secara virtual Program Bicara Patriotik anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Chengal dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal. Tujuan program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat cinta akan tanah air dan erti kemerdekaan kepada umum.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Shahrani Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Kelantan. Dalam ucapan alu-aluan, beliau berkata Program-program seperti ini sangat membantu bagi menyampaikan mesej-mesej positif dalam menyemarakkan bait-bait kemerdekaan.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Chengal, Encik Awadi Mohd Noor selaku moderator bicara patriotik pada malam ini. Dua Insan yang hebat telah dijemput untuk menjadi panel program bicara patriotik ini. Ahli panel pertama ialah En. Ahmad Al-Muhaymin bin Abd Wahab merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) dan Ahli Panel Kedua, Lt Kol Hj Azman Shah bin Abdullah (B.) merupakan Mantan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Akhir kata,dengan berlangsungnya program bicara seperti ini dapat menyebarkan semangat patriotik tiada titik noktah dan kesejahteraan dalam masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: