Kelas Microsoft Word Membuat Jadual Waktu
4 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 November lalu, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah mengadakan kelas Microsoft Word di mana peserta belajar cara membuat jadual waktu. Kelas ini diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ini terdiri daripada dua orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal
Pada permulaan kelas peserta diberikan pendedahan mengenai keggunaan Microsoft word dalam kerja-kerja dokumentasi seperti buku skrap dan sebagainya. Peserta telah diajar secara praktikal bagi menyiapkan jadual pembelajaran ketika pdpr.Tujuan Kelas ini adalah meningkatkan kemahiran menaip dan menggunakan column untuk membuat jadual. Selain itu, memberi pendedahan mengenai pengurusan masa yang baik ketika pembelajaran dari rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: