Kelas Pemasaran Digital
8 September 2021 | Aktiviti TerkiniSelasa, 7 september 2021, Pusat Internet Komuniti Kampung Chengal telah mengadakan kelas pemasaran digital secara ringkas kepada peserta yang hadir. Kelas ini telah berlangsung selama2 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Objektif utama kelas ini menjadikan Pusat Internet Komuniti medium keusahawanan disamping membantu para peniaga menggunakan aplikasi Shopee sebagai platform perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan.
Antara modul yang diberikan seperti cara mendaftar akaun shopee, cara memasukkan produk dalam shopee, cara menggunakan voucher serta cara penghantaran barang shopee ke drop point kaurier. Di samping, peserta diberi pendedahan mengenai cara copywriting yang sesuai bagi menarik minat pembeli serta memudahkan pencarian katakunci dalam searching atau pencarian.
Semoga Kelas Pemasaran Digital secara ringkas dan padat dapat membantu para usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka bukan sahaja secara offline malah berniaga secara online.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: