Perkongsian Tatacara Mengisi E-Qaryah
8 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mac yang lalu telah diadakan perkongsian mengenai tatacara mengisi e-Qaryah bersama bakal pengantin perempuan Kampung Chengal dan Kampung But. Pertugas PIK Kg Kampung Chengal mengambil peluang memberi sedikit taklimat ringkas Advokasi dan Klik Dengan Bijak kepada peserta.
Sistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim. Di samping itu, ianya menyediakan perkhidmatan permohonan berkahwin bagi negeri Kelantan secara atas talian.
Peserta juga dinasihat untuk membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memudahkan pengemaskinian maklumat peribadi dan pasangan.Dalam masa yang sama, Petugas PIK membantu peserta yang kurang mahir menggunakan perisian Komputer sekaligus memberi pendedahkan ICT kepada mereka.
Peserta telah dibimbing dari awal pengisian maklumat dalam sistem e-Qaryah hinggalah selesai cetak borang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: