Makluman Perubahan Waktu Operasi Sepanjang Tempoh PKP
23 November 2020 | Aktiviti TerkiniSusulan peningkatan kes Covid-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan di Negeri Kelantan selama dua minggu bermula 21 November hingga 6 Disember 2020. Dengan itu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Chengal mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengubah waktu operasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang kepada jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
Komuniti setempat yang ingin berurusan dengan kami di nasihatkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengimbas QR code sebelum memasuki premis kami serta menggunakan pembasmi kuman yang telah disediakan di PIK Kg Chengal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku.