Kursus Kemahiran Keusahawanan Bersama UMK
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Nera bagi melatih Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet (Maxis) Kelantan dari segi pengurusan dan keusahawanan. Kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 Mac 2020 bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Pada hari pertama, para peserta diajar mengenai kemahiran perundingan dimana kemahiran ini dapat digunakan dalam pekerjaan seharian terutamanya melibatkan komuniti dan golongan VIP. Selain itu, pengenalan mengenai pembiayaan keusahawanan juga diberikan oleh Pengarah SME Corporation Kelantan.
Pembiayaan keusahawanan ini didedahkan kepada para pengurus bertujuan untuk membantu para usahawan dalam komuniti setempat dalam mencari sumber modal yang betul dalam memperkembangkan perniagaan. Peserta juga diajar cara-cara pengurusan program dan membuat kertas kerja. Pada hari kedua, para pengurus diberikan latihan dan tunjuk ajar dalam mengukuhkan lagi kemahiran penggunaan Microsoft Office Excel terutamanya dalam penyediaan laporan. Sesi ini banyak membantu para pengurus dan penolongpengurus untuk lebih mendalami Microsoft Office Excel serta memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: