Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi ( Fasa II) Pusat Internet Kelantan
6 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniDengan Kerjasama Koperasi UMK Berhad bersama NERA INFOCOM(M) Sdn. Bhd., program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II) Pusat Internet Kelantan ini berjaya diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi googlemeet. Program ini telah berlangsung selama dua hari dimana pada hari pertama melibatkan semua pengurus pusat internet dan pada hari kedua pula melibatkan semua penolong pengurus pusat internet di Kelantan. Program ini dibawah kelolaan Prof.Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusof selaku Ketua Perunding Program Latihan dan Perundingan Puast Internet Kelantan.
Program ini menumpukan kepada sesi perkongsian infografik powerpoint pada peringkat asas kepada semua peserta yang terlibat. Selain itu, program ini telah dikendalikan oleh Ts. Wan Azlee Hj Wan Abdullah selaku Pengarah Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) , merupakan tenaga pengajar pada program ini.
Objektif utama program ini memberi pengetahuan secara jelas apa itu infografik, konsep asas dan elemen visual infografik dari segi penggunaan warna, tifografi, ikon dan imej. Dengan mengetahui teknik asas tersebut, peserta boleh menyediakan atau menghasilkan slaid infografik yang menarik dan interaktif hanya menggunakan Microsoft PowerPoint.
Menurut salah seorang peserta program ini, beliau amat berpuas hati dan mendapat banyak input yang menarik. Menurutnya lagi, program ini amatlah terbaik dan perlulah diteruskan lagi pada masa akan datang. Prof.Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusof berkata, beliau berharap segala ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar memberi manfaat kepada peserta serta dapat mengaplikasikannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: