Program Sukarelawan MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Demi memastikan peredaran teknologi maklumat dapat dirasai seluruh rakyat dan digunakan dengan bermanfaat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan Program Sukarelawan MIV bersama komuniti 2020 dengan kerjasama MCMC Negeri serta Pusat Internet seluruh negara. Selain itu, bengkel ini julung kali diadakan melalui atas talian merupakan normal baharu disebabkan pandemik COVID 19.

Menurut Puan Ashima Hashim selaku Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti, MIV ialah Sukarelawan ICT Malaysia merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi kearah warga digital. Di samping itu, menggalakan warga digital dan media interaksi untuk menggunakan platform ICT secara beretika dan bertanggungjawab.

Pada akhir program ini, Sukarelawa MIV berpeluang bersoal jawab dengan panel untuk mendapatkan kepastian mengenai program ini. Menjadi sukarelawan ICT dengan menyebar kemahiran yang positif kepada komuniti adalah satu pengalaman menarik buat sukarelawan MIV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas