Kelas Asas Shopee
21 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSeiring perkembangan era semasa perniagaan atas talian menjadi medium utama kepada usahawan malah peniaga- peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka. Shopee adalah salah satu platform perniagaan atas talian dan sesiapa sahaja boleh mengaksesnya.
Kelas asas Shopee ini diadakan di MARA, Kota Bharu terdiri daripada 10 orang peserta daripada jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui platfrom Shopee. Kelas ini telah dikendalikan oleh Encik Ilham merupakan pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Chengal telah membina nama perniagaannya di Shopee.
Selain itu, peserta diajar menggunakan akaun Shopee di Smartphone dan juga mengunakan perisian computer dari mula mencipta akaun sehingga peserta dapat memuat naik produk di akaun Shopee masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: