Kelas Cara Menjual di Shopee Bersama Usahawan Wanita
19 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniShopee adalah satu platform perniagaan secara atas talian yang makin aktif serta mencipta pengikut yang ramai di seantero dunia.
Oleh demikian, kelas cara menjual di Shopee bersama usahawan wanita berjaya diadakan di dewan serbaguna Pasir Tumboh, Kelantan dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan.
Objektif utama kelas ini adalah untuk membantu usahawan wanita meningkatkan mutu serta idea dari segi pemasaran secara atas talian menggunakan platform shopee.
Dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri dari usahawan dan bakal usahawan. Para peserta begitu bersemangat untuk menjadi usahawan di platform Shopee.
Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pemasaran secara atas talian selama lebih 11 tahun dan berjaya membina nama besar di Shopee, iaitu Encik Mohd Ilham Ruslay.
Semoga usahawan yang terlibat mendapat manfaat dari kelas ini dan luaskan lagi sayap perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: