Train the Trainer (TTT): Basic Shopee Seller
11 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 Nov 2020 (Selasa), telah berlangsung satu program latihan "Train The Trainer (TTT): Basic Shopee Seller Course" bagi staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Maxis dan Celcom di bawah seliaan NERA. Program ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom selama tiga jam dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahhari.
Objektif utama latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan cara penyediaan kedai dalam akaun Shopee kepada peserta yang terlibat. Terdapat beberapa bahagian yang disentuh dalam latihan ini antaranya ialah pengenalan kepada Shopee, seller centre, cara muat naik produk, kategori kedai, langkah semasa menerima pesanan dan penghantaran, pusat pemasaran, cara mengurusan kewangan serta jualan.
Dengan adanya latihan seperti ini, Ianya memudahkan staf PIK untuk memberikan pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk menjalankan perniagaan mereka di dalam aplikasi Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: