Sesi Perkongsian Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu
20 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah sambungan daripada siri pertama iaitu sesi perkongsian infografik pada minggu lepas. Dengan Kerjasama Koperasi UMK Berhad bersama Nera Infocom(M) Sdn. Bhd., program latihan pembangunan usahawan berprestasi tinggi (Fasa II) Pusat Internet Kelantan ini berjaya diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi googlemeet.
Program ini telah berlangsung selama dua hari dimana pada hari pertama melibatkan semua pengurus pusat internet dan pada hari kedua pula melibatkan semua penolong pengurus pusat internet di Kelantan. Program ini dibawah kelolaan Prof.Madya Dr Mohd Nor Hakimin Yusof selaku Ketua Perunding Program Latihan dan Perundingan Puast Internet Kelantan.
Program ini menumpukan kepada sesi perkongsian pemasaran kreatif dalam norma baharu kepada semua peserta yang terlibat. Selain itu, program ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Mohammad Ismail selaku Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pendidikan Keusahawan UMK. Antara modul bagi sesi perkongsian ini adalah mengenai pemasaran kreatif, kesan penggunaan warna dalam pemasaran, kandungan pemasaran, tips storytelling dan penghasilan video pendek di akhir program ini.
Para peserta juga turut diberikan tugasan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka semasa dan selepas kursus. Prof Madya Dr Mohammad Ismail selaku tenaga pengajar program ini menzahirkan agar segala ilmu yang dikongsikan dimanfaat serta mengajarkan kepada orang lain juga. “Ilmu perlu di practice dan diamalkan, lama- lama ia akan menjadi kebiasaan”,katanya lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: