Program Hari Karnival Sains & Teknologi

15 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Berjaya berlangsungnya “Hari Karnival Sains & Teknologi” yang telah diadakan di Sudara Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, sekolah ini berdekatan Pusat Internet Kg Chengal.

Hari Karnival sains ini dilaksanakan bagi memberi inspirasi kepada para pelajar dan komuniti kepada pendekatan sains dan teknologi dalam kehidupan kini bukan lagi kehendak akan tetapi keperluan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kg Chengal.

Pihak Pusat Internet Malaysia Kg Chengal telah dijemput untuk memberi taklimat dan pameran booth di dewan perdana SMK Kg Chengal berkaitan kempen advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), kempen kesedaran MyfreeviewTV, kuiz kesedaran KDB dan sebagainya.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput kami untuk bersama menjayakan program dan memeriahkan program ini.

Kerjasama antara SMK Kg Chengal dan Pusat Internet Malaysia Kg Chengal.

Berikut merupakan video penuh program ini https://www.youtube.com/watch?v=G7xx9reeL7E

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas